Lawatan Kerja ke Labuan

Pegawai-pegawai utama Persatuan Silambam Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Lawatan Kerja ke Labuan pada 14 dan 15 Ogos 2010. Rombongan tersebut diketuai oleh Pengerusi, En. R. T. Othiakumar PPW., Bendahari, En. M. Loganathan dan Ahli Jawatankuasa, En. V. M. Gunasegaran. Sewaktu berada di Labuan, mereka bersama pegawai-pegawai kanan Persatuan Silambam Wilayah Persekutuan Labuan (PSWPL) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahli Parlimen Labuan YB. Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal, pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Labuan dan juga Majlis Sukan Labuan. Kunjungan-kunjungan tersebut berjaya dalam matlamatnya iaitu memperkenalkan barisan kepimpinan dan juga aktiviti-aktiviti PSWPL.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Jurulatih-jurulatih

Persatuan Silambam Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam proses melantik Jurulatih-jurulatih Silambam. Sesiapa yang mempunyai pengalaman, kemahiran yang berkaitan, layak dan berminat menjadi Jurulatih adalah dipelawa mengemukakan permohonan kepada Pengerusi, En. R. T. Othiakumar, PPW., melalui emel: othiakumar@live.com.

Posted in Uncategorized | Leave a comment